Saturday, December 3, 2016

Karangan Perihal Diri, Pencangan Pengajian dan Kerjaya. MARA

Dicatat oleh Unknown

Assalamualaikum..for my first blog ni sya nak bagi contoh karangan perihal diri untuk korang yang nak sambung belajar macam sya ni. Setahu sya bagi dorang yang nak apply loan MARA kena buat essay gituu.. Tapiiiiii dorang nak in english tau.. Ni just contoh dalam bahasa melayu ja. So, pandai pandai hampa lah nak pergi bukak google translate ka kamus ka. Hehehe..  


Disini saya mulakan karangan mengenai pengenalan dan perihal diri, nama saya Syarifah Syahirah Binti Abdul Rahhim berumur 21 tahun dilahirkan di Kota Bharu Kelantan pada 6 Jun 1995. Saya merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong, Kedah dari Darjah 1 hingga Darjah 3 . Selepas itu, pada Darjah 4 saya berpindah di Sekolah Kebangsaan Haji Wan Jaafar, Kampung Masjid Ijok, Batu Kurau Perak. Saya mengikuti keluarga saya berpindah ke Selama Perak dan menduduki persekolahan dari Darjah 4 hingga Darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Jalan Menteri Selama Perak. Kemudian saya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Hussein  sehingga ke Tingkatan 5. Tamat sahaja pengajian SPM, saya menyambung pelajaran dengan mengambil STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Hussein dengan memperolehi keputusan yang tidak berapa baik. Mengenai latar belakang keluarga, ayah saya bekerja sebagai anggota Polis Diraja Malaysia manakala ibu saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Memandangkan keputusan yang tidak berapa baik saya pernah bekerja di Butik dan pernah juga bekerja di kedai Telekomunikasi.

Sekarang, saya akan melanjutkan pembelajaran saya di Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu Kelantan dalam jurusan diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak selama 3 tahun. Saya memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang ini kerana saya dapat melihat bahawa bidang ini mempunyai potensi yang amat besar dengan pasaran kerja yang sangat luas. Selain itu, saya juga amat berminat dengan bidang ini kerana gemar dengan kanak-kanak walaupun bidang yang ditawarkan agak mencabar saya akan cuba sedaya upaya dan menganggap itu sebagai satu cabaran. Dalam jurusan ini saya berharap dapat membantu saya menambahkan lagi kemahiran saya dalam bidang ini.

Setelah mendapat diploma, saya akan berusaha untuk melajutkan pelajaran di peringkat ijazah. Saya akan buktikan kepada ibubapa saya bahawa pengorbanan mereka menyekolahkan saya tidak sia-sia. Selain itu, saya akan mencari kerjaya yang sesuai dengan bidang saya pada masa akan datang demi meningkatkan lagi taraf ekonomi negara Malaysia sejajar dengan seruan Malaysia Maju 2020 serta dapat memperkukuhkan industri tenaga kerja mahir dalam bidang strategik. Justeru itu saya memohon jasa baik dari pihak MARA untuk meluluskan pinjaman saya.

Sekian sahaja serba sedikit perihal mengenai diri saya dan juga rancangan kerjaya yang saya ingin lakukan. Terima kasih.

Kalau kira kira balik rasanya lebih karangan tu.. Almaklumlah ambik serba sikit dari idea orang. Thanks so much bagi kekakak dan abang abang yang kasi idea untuk buat karangan ni. Bukan senang tau nak buat karangan.. Kalau rasa karangan ni ok ambik lahhhhh.. Sharing Is Caring . muahhh 


Untuk yang bakal sambung belajar tu sya nak wish
GOOD LUCK and ALL THE BEST!
-xoxo-

10 ulasan:

ajielela on August 17, 2018 at 9:08 AM said...

lawa la blog awak, sy suka... cane nak edit mcm ni ye? btw thanks share information :)

Khai on July 10, 2019 at 2:18 AM said...

Thanks... otw nk tulis karangan ni,huhu

Unknown on September 5, 2019 at 5:12 AM said...

Memang diorang nak english ke? Diorang x tulis pon..

N.Athirah on January 5, 2020 at 12:08 AM said...

Nice essays

nurafnie on June 25, 2020 at 10:28 PM said...

mara terima ke kalau tulis karangan lebih daripada patah perkataan yang ditetapkan?

Unknown on July 1, 2020 at 8:04 AM said...

Terima kasih atas perkongsian kak....sama pulak dgn kos yang saya amik kat kptm ni(pendidikan awal kanak2)kota bharu...huhu

Unknown on July 10, 2020 at 5:19 AM said...

Karangan yang simple tapi banyak idea yang menarik..nice

Unknown on July 10, 2020 at 9:54 AM said...

Thanks kami2 ni pon nk amik idea dari karangan akak 😂

Faris Mazlan on July 22, 2020 at 8:31 PM said...

Moga Allah memberkati usaha akak...saya minta izin untuk ambil idea akak ni ye untuk program Master saya.

Unknown on February 12, 2024 at 10:13 AM said...

Terima Kasihhh

Post a Comment

 

Pewincess Blog © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor