Assalamualaikum.. Haii Selamat Petang harini aku nak luah sikit sesuamthing yang buat aku rasa nak nages tepi bucu katil ni Hmmmm. Ok macam ni story dia.. sekarang aku dah 21 tahun baru nak study ambik diploma (member semua dah habis belajar) aku baru nak ambik diploma.. bukan sebab aku tak bijak.. sebab dia aku ni PEMALAS (jujur kan). Lepas habis SPM aku terus sambung STPM (jujur aku cakap aku tak suka study situ) subjek dia takdelah payah sangat cuma aku ja yang malas belajar sebab tu pointer jatuh. Satu lagi aku ni jarang datang kesekolah sebab stress yang terlampau (mak abah kekawan pun taktahu hal ni). Kenapa aku stress?? stress sebab aku tak minat subjek dia lagi satu aku duduk belakang skali (memang tak boleh pokus lah kan) yang tu aku tak kesah sangat.. yang jadi masalah sebab apa pun aku tak tahu lah.. HEHEHE . Result SPM aku takdalah teruk sangat kira boleh lah nak hidup kan (gelak sikit) yang tu salah aku jugak time duludulu bukan nak belajar elokelok (bercinta tak habishabis). Itu dulu sekarang dah taubat k bukan taubuat.. Ingat lepas STPM je aku nak start bisnes sendiri tapi malas tu makin menjadi-jadi pulak (sebab kau tu memang dah pemalas) so aku pikir better aku sambung jelah belajar. Masalah dia dekat sini aku dapat tawaran ke KPTM (kolej poly tech-mara) dekat kelantan. Yang aku tahu kolej ni half-half kerajaan swasta. Banyak aku korek pasal kolej ni.. dalam banyak-bnyak kolej swasta dorang cakap kolej ni paling ok dari kolej lain.. Yang tu dah buat aku semngat dah nak belajar.. satu lagi dorang cakap lecturer dorang memang sempoi kelempoi ajar sampai kau paham.. sijil pun mahal dari kolej swasta lain maybe sebab dia bawah mara (senang lah kau nak mintak kerja). Tapiiiiiiiii disebabkan kolej tu jauh mak abah tak bagi.. (nages sikit) dorang risau aku tak boleh berdikari dekat sana (apa salahnya kalau aku cuba kan) ni dorang tak bagi peluang langsung huaaaaaa.. Sekarang ni abah tolong ejas aku masuk dekat kolej Bukit Merah tu.. Nama kolej tu Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak (KPAKK) hmmm.. bukan aku tak suka kolej tu tapiiiiiiiiiiii masalah dia aku masuk lambat.. aku pelajar yang masuk lambat (kau rasa) Cuba kau bayangkan dorang dah start blajar punya jauh aku baru terhegeh-hegeh nak merangkak.. dah lah aku ni slow sikit (jujur lagi). Dah tu dorang semua dah ada kawan masing-masing (semua dah kenal each other) aku jenuh nak cari kawan.. dah la aku ni pemalu (pemalu lah sangat) Hmmm sedih tu sedih lah.. Kadang-kadang tu pujuk hati maybe semua ni ada hikmah dia.. Yelah kakak abang jauh.. kiteorang adik beradik tak ramai abah pulak kerja tak menentu kesian mak sorang-sorang.. Sebab kolej aku ni dekat je memang dah kompem-kompem jumaat sampai ahad aku ada dekat rumah teman mak (well takda kelas kan).. Lagi satu nak belajar kena ada keredhaan mak ayah (keredhaan Allah terletak pada keredhaa ibu bapa) kalau dorang tak redho tak berkat kau belajar.. Belajar lah tinggi gunung pun sia-sia je hidup kalau tak diredhai oleh mak ayah.. tu yang aku risau sangat.. sebab tulah aku ikut je cakap mak abah even terpaksa (pujuk hati). Apa-apa pun aku harap sangat semuanya berjalan dengan lancar.. Hopefully kawan-kawan dekat situ ok.. lacturer pun sempoi (takdelah stress aku nak belajar). Pendek kata semuanya ok lah .. Amin..
Itu jelah yang aku nak luah pun.. kalau simpan pendam je dalam hati ni kang tak tenang pulak. so dengan share semua masalah dekat sini aku rasa ok sikit (sikit je lah) daripada sakit hati je kan.. Oooklahh ByeBye
-xoxo-
Itu jelah yang aku nak luah pun.. kalau simpan pendam je dalam hati ni kang tak tenang pulak. so dengan share semua masalah dekat sini aku rasa ok sikit (sikit je lah) daripada sakit hati je kan.. Oooklahh ByeBye
-xoxo-
Kata-Kata Semangat: "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
1 ulasan:
Sepanjang belajar kat sana, macam mana? Ok ke? Saya ni baru nak masuk situ tahun ni.. Tapi takut la sbb ni kali pertama dengar pasal kolej ni. . Nak minta pandangan..
Post a Comment