Friday, December 30, 2016

Nak Luah II

Dicatat oleh Unknown 1 ulasan
Assalamualaikum.. Haii Selamat Malam uolls dah tido ke ?? awal naw tidonyaa yee. Ingat tak aku pernah mengadu pasal kolej yang aku tak suka tu kahkahkah !!
Pada hari selasa bertarikh 27/12/2016 aku daftar masuk situ.. dengan muka yang tak berapa nak molek. Dalam perjalan aku mencuka ja (dalam hati asyik mencarut) macam-macam aku pikir camnelah tempat dia.. kawan-kawan macam mana.. dia punya stress tu sampai tahap gaban dah. Yelah kau bayangkan eah budak-budak situ semua dah start belajar tau.. dah la time daftar tu aku sorang je pelajar (marah lagi menguasai diri) terconggok macam orang bodo.. aku bukan tak ramah nak tanya orang tapi aku segan huhu.. Selamba jelah aku acah-acah macam aku ni berani sangat semua hal aku setel sendiri nak harapkan sebelum ni semuanya menyusahkan orang ja huhu (well anak manja). Dalam hati aku redho je nak jadi apa jadilah.. sebab aku pikir mak abah aku ja so aku teruskan jelah.. dah selesai daftar apa semua aku dapat satu bilik tu 4 orang beserta bilik air siap ada air panas bagai (lega sikit). Pendek citer kau bayangkan hotel lama dorang buat jadi kolej haa gitulah .. agak selesa lah daripada kolej-kolej yang lain. Yang buat aku rasa lebih lega ada sorang member ni pun baru masuk jugak.. sama umur.. perangai pun lebih kurang ja macam aku jugak (gila-gila sikit). So pada haritu just dua orang ja yang daftar masuk. Syukur sangat-sangat ada jugak kawan.. takda kawan pun susah jugak tau.. bukan semua benda kau boleh buat. Kadang-kadang kena ada bantuan dari orang lain jugak tak gituu. Disebabkan aku baru masuk situ aku tak berapa nak makan garam lagi. Sekarang nipun aku tengah cuti.. sempat duduk sehari je kat sana so takda menda sangat nak story pun.. kalau nak tahu tempat tu macam mana. aktiviti dia macam mana seronok ke tak.. tunggu nanti aku update lain yeee. Sampai sini jelah sesi meluahkan perasaan huhu.
Selamat Malam, baca doa dulu sebelum tidur
Bubbye
-xoxo-

Saturday, December 24, 2016

Nak Luah

Dicatat oleh Unknown 1 ulasan
Assalamualaikum.. Haii Selamat Petang harini aku nak luah sikit sesuamthing yang buat aku rasa nak nages tepi bucu katil ni Hmmmm. Ok macam ni story dia.. sekarang aku dah 21 tahun baru nak study ambik diploma (member semua dah habis belajar) aku baru nak ambik diploma.. bukan sebab aku tak bijak.. sebab dia aku ni PEMALAS (jujur kan). Lepas habis SPM aku terus sambung STPM (jujur aku cakap aku tak suka study situ) subjek dia takdelah payah sangat cuma aku ja yang malas belajar sebab tu pointer jatuh. Satu lagi aku ni jarang datang kesekolah sebab stress yang terlampau (mak abah kekawan pun taktahu hal ni). Kenapa aku stress?? stress sebab aku tak minat subjek dia lagi satu aku duduk belakang skali (memang tak boleh pokus lah kan) yang tu aku tak kesah sangat.. yang jadi masalah sebab apa pun aku tak tahu lah.. HEHEHE . Result SPM aku takdalah teruk sangat kira boleh lah nak hidup kan (gelak sikit) yang tu salah aku jugak time duludulu bukan nak belajar elokelok (bercinta tak habishabis). Itu dulu sekarang dah taubat k bukan taubuat.. Ingat lepas STPM je aku nak start bisnes sendiri tapi malas tu makin menjadi-jadi pulak (sebab kau tu memang dah pemalas) so aku pikir better aku sambung jelah belajar. Masalah dia dekat sini aku dapat tawaran ke KPTM (kolej poly tech-mara) dekat kelantan. Yang aku tahu kolej ni half-half kerajaan swasta. Banyak aku korek pasal kolej ni.. dalam banyak-bnyak kolej swasta dorang cakap kolej ni paling ok dari kolej lain.. Yang tu dah buat aku semngat dah nak belajar.. satu lagi dorang cakap lecturer dorang memang sempoi kelempoi ajar sampai kau paham.. sijil pun mahal dari kolej swasta lain maybe sebab dia bawah mara (senang lah kau nak mintak kerja). Tapiiiiiiiii disebabkan kolej tu jauh mak abah tak bagi.. (nages sikit) dorang risau aku tak boleh berdikari dekat sana (apa salahnya kalau aku cuba kan) ni dorang tak bagi peluang langsung huaaaaaa.. Sekarang ni abah tolong ejas aku masuk dekat kolej Bukit Merah tu.. Nama kolej tu Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak (KPAKK) hmmm.. bukan aku tak suka kolej tu tapiiiiiiiiiiii masalah dia aku masuk lambat.. aku pelajar yang masuk lambat (kau rasa) Cuba kau bayangkan dorang dah start blajar punya jauh aku baru terhegeh-hegeh nak merangkak.. dah lah aku ni slow sikit (jujur lagi). Dah tu dorang semua dah ada kawan masing-masing (semua dah kenal each other) aku jenuh nak cari kawan.. dah la aku ni pemalu (pemalu lah sangat) Hmmm sedih tu sedih lah.. Kadang-kadang tu pujuk hati maybe semua ni ada hikmah dia.. Yelah kakak abang jauh.. kiteorang adik beradik tak ramai abah pulak kerja tak menentu kesian mak sorang-sorang.. Sebab kolej aku ni dekat je memang dah kompem-kompem jumaat sampai ahad aku ada dekat rumah teman mak (well takda kelas kan).. Lagi satu nak belajar kena ada keredhaan mak ayah (keredhaan Allah terletak pada keredhaa ibu bapa) kalau dorang tak redho tak berkat kau belajar.. Belajar lah tinggi gunung pun sia-sia je hidup kalau tak diredhai oleh mak ayah.. tu yang aku risau sangat.. sebab tulah aku ikut je cakap mak abah even terpaksa (pujuk hati). Apa-apa pun aku harap sangat semuanya berjalan dengan lancar.. Hopefully kawan-kawan dekat situ ok.. lacturer pun sempoi (takdelah stress aku nak belajar). Pendek kata semuanya ok lah .. Amin..
Itu jelah yang aku nak luah pun.. kalau simpan pendam je dalam hati ni kang tak tenang pulak. so dengan share semua masalah dekat sini aku rasa ok sikit (sikit je lah) daripada sakit hati je kan.. Oooklahh ByeBye
-xoxo-

Kata-Kata Semangat: "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Wednesday, December 21, 2016

Template Percuma Untuk Blogger

Dicatat oleh Unknown 0 ulasan

Assalamualaikum.. Haii Selamat Tengah Hari uolls. perasan tak kita punya backround and everything dah bertukar jadi kiut miut gituuuuu.. punyalah duk bukak cara manual payah namattey tak tahu pulak ada cara auto kihkihkih . Nampak tak kita punya usaha bersusah payah godekgodek Cik Google kita ni and finally berjaya jugak dapat Free Blogger Template dekat AllBlogTolls.com. Macammacam jenis theme ada.. yang gegurl ada.. yang simple ada.. boleh kata semua ada dekat dia ni. Tapi satu jelah kita nak cakap bila dah guna cara auto ni uolls punya theme ni tak Limited Edition lah.. sebab bukan uolss sorang je yang guna theme ni.. bersepah manusia yang baru nak merangkak dalam blog ni guna theme yang sama huhu . Takpaaa macam kita cakap slowslow kayuh lah.. kalutkalut nak p mana ?? bagi yang baru nak merangkak macam aku ni pakai je yang orang kasi free dulu.. nanti dah bijak barulah uolls buat sendiri nak nampak blog uolls lagi gah dari orang lain ke kan.. Ok lah.. itu ja yang kita nak kongsikan kepada uolls yang masih baru macam kita ni dalam dunia blog wehuuuuu Selamat Mencuba..

Bagi uolls yang nak download free template blogskin ni copy je link dekat bawah ni then bukak new tab and then paste kat situ. lepastu carilah theme jenis macam mana uolls nak ok :)
ByeBye..
-xoxo-

http://www.allblogtools.com/blogger-templates/2-columns/lovebirds-blogger-template/?theme=demo


 Nota Kecil : kalau tak jadi jugak serch je dekat google taip jelah apa jenis theme yang uolls nak ok. pandaipandailah cari :p

Tuesday, December 20, 2016

New Blog

Dicatat oleh Unknown 1 ulasan
Assalamulaikum.. Haii Welcome to my new blog yang tak berapa nak kiut ni ✌ . Well aku ni budak baru belajar dulu tulistulis dekat buku comelcomel je hampa tau apa.. dulu nak luah perasaan ke.. nak mengadu ke.. nak lepas geram ke.. semua dekat 'Diari' je. Manada benda alah macam blog ni kan. Tak salah aku blog ni dah lama wujud aku je baru sedar kewujudan blog ni.. orang dah lepas zaman baru aku still lagi dekat zaman batu gelak sopan. Sekarang zaman dah canggih segalanya di hujung jari je so senang.. Actually aku bukannya minat sgt nak menulis or mengarang ni.. teringin jugak nak buat blog ni sebab aku jeles tenguk blog orang lain comel sangat.. ada yang kaler pink, purple, hello kitty, barbie bagai.. punyalah duk godekgodek dekat Cik Google. Dapat tu dapat lah tapi tak menjadi plak.. dah tak larat nak ikut step by step yang dorang ajar menangis dekat bucu katil Huaaaaaaaaa.. and now aku still gigih usha manamana blog yang kongsikan camner nak buat blog yang kiut ni. Takpaaa slowslow kayuh nanti menjadi lah tuuu . Chaiyokkkkkkkkk .. Aaaaaaaaa itu jelah aku nak share pun. kang main lamalama benda alah ni kang berhantu plakkk hehe.. Ok lah Bhaiii
-xoxo-

Saturday, December 3, 2016

Karangan Perihal Diri, Pencangan Pengajian dan Kerjaya. MARA

Dicatat oleh Unknown 10 ulasan

Assalamualaikum..for my first blog ni sya nak bagi contoh karangan perihal diri untuk korang yang nak sambung belajar macam sya ni. Setahu sya bagi dorang yang nak apply loan MARA kena buat essay gituu.. Tapiiiiii dorang nak in english tau.. Ni just contoh dalam bahasa melayu ja. So, pandai pandai hampa lah nak pergi bukak google translate ka kamus ka. Hehehe..  


Disini saya mulakan karangan mengenai pengenalan dan perihal diri, nama saya Syarifah Syahirah Binti Abdul Rahhim berumur 21 tahun dilahirkan di Kota Bharu Kelantan pada 6 Jun 1995. Saya merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong, Kedah dari Darjah 1 hingga Darjah 3 . Selepas itu, pada Darjah 4 saya berpindah di Sekolah Kebangsaan Haji Wan Jaafar, Kampung Masjid Ijok, Batu Kurau Perak. Saya mengikuti keluarga saya berpindah ke Selama Perak dan menduduki persekolahan dari Darjah 4 hingga Darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Jalan Menteri Selama Perak. Kemudian saya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Hussein  sehingga ke Tingkatan 5. Tamat sahaja pengajian SPM, saya menyambung pelajaran dengan mengambil STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Hussein dengan memperolehi keputusan yang tidak berapa baik. Mengenai latar belakang keluarga, ayah saya bekerja sebagai anggota Polis Diraja Malaysia manakala ibu saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Memandangkan keputusan yang tidak berapa baik saya pernah bekerja di Butik dan pernah juga bekerja di kedai Telekomunikasi.

Sekarang, saya akan melanjutkan pembelajaran saya di Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu Kelantan dalam jurusan diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak selama 3 tahun. Saya memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang ini kerana saya dapat melihat bahawa bidang ini mempunyai potensi yang amat besar dengan pasaran kerja yang sangat luas. Selain itu, saya juga amat berminat dengan bidang ini kerana gemar dengan kanak-kanak walaupun bidang yang ditawarkan agak mencabar saya akan cuba sedaya upaya dan menganggap itu sebagai satu cabaran. Dalam jurusan ini saya berharap dapat membantu saya menambahkan lagi kemahiran saya dalam bidang ini.

Setelah mendapat diploma, saya akan berusaha untuk melajutkan pelajaran di peringkat ijazah. Saya akan buktikan kepada ibubapa saya bahawa pengorbanan mereka menyekolahkan saya tidak sia-sia. Selain itu, saya akan mencari kerjaya yang sesuai dengan bidang saya pada masa akan datang demi meningkatkan lagi taraf ekonomi negara Malaysia sejajar dengan seruan Malaysia Maju 2020 serta dapat memperkukuhkan industri tenaga kerja mahir dalam bidang strategik. Justeru itu saya memohon jasa baik dari pihak MARA untuk meluluskan pinjaman saya.

Sekian sahaja serba sedikit perihal mengenai diri saya dan juga rancangan kerjaya yang saya ingin lakukan. Terima kasih.

Kalau kira kira balik rasanya lebih karangan tu.. Almaklumlah ambik serba sikit dari idea orang. Thanks so much bagi kekakak dan abang abang yang kasi idea untuk buat karangan ni. Bukan senang tau nak buat karangan.. Kalau rasa karangan ni ok ambik lahhhhh.. Sharing Is Caring . muahhh 


Untuk yang bakal sambung belajar tu sya nak wish
GOOD LUCK and ALL THE BEST!
-xoxo-
 

Pewincess Blog © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor